Jadilah Hamba Allah swt Yang Sentiasa Menjaga Pandangannya

jaga pandangan ustaz ahmad dusuki
Pancaindera mata antara salah satu nikmat paling besar yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap manusia kerana menerusi mata setiap orang yang diberi nikmat ini akan dapat melihat betapa indahnya ciptaan Allah SWT.
 
Namun Allah SWT memerintahkan setiap hamba-Nya yang beriman supaya menjaga mata daripada melihat yang haram dan menjaga kemaluan daripada melakukan sesuatu yang haram.
 
Oleh itu, menjadi kewajipan kepada setiap hamba mentaati perintah Allah SWT untuk menyelamatkan diri daripada kemurkaan dan azab seksa kelak. Jika pandangan mata tidak dijaga dengan landasan iman dan takwa umpama racun yang akan menjalar dalam badan, sekali gus membinasakan tubuh seseorang hamba kerana pandangan maksiat terhadap perkara yang tidak halal baginya.

Tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top