JANGAN PERNAH JEMU MENCARI REDHA ALLAH...
Allah SWT berfirman;
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ * ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!”. [Surah al-Fajr 27-28]
#Tanda husnul khatimah (mati yang baik), yang hanya diketahui hamba yang mengalaminya, iaitu diterimanya khabar gembira saat sakaratul maut, berupa redha Allah sebagai anugerah daripada TuhanNya kepadanya. Pulang mengadap Allah SWT dengan puas atas segala pemberianNya dan selesai menunaikan segala perintahNya.
#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ، قاَلُوُا: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ. رَواه الإمام أحمـد والترمذي وصحح الحاكم في المستدرك.
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya: ”Bagaimana Allah akan memanfaatkannya?”. Rasulullah SAW menjawab: “Allah akan memberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum dia meninggal dunia”. [HR Imam Ahmad, at-Tirmizi dan al-Hakim, Sahih]
#Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan suci imannya, bersih Islamnya, murni aqidah pegangannya, teguh pendirian dan perjuangan agamanya, sejahtera hatinya dan Allah redha kepadanya, maka syurga sedang menantinya.
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu” [Surah Fussilat 30]
♡Berusahalah dengan sedaya upaya menjadi hamba yang taat agar layak untuk dijemput pulang oleh Allah SWT dalam keadaan yang diredhaiNya♡